As Salam dan Selamat Pagi,
Kemaskini mengenai En. Kelabu (Ex-Office cat)
14 September 2014 (hari ke-3 di klinik)
Sebelum kami bawa pulang En. Kelabu, doktor maklumkan kepada kami selepas dibiuskan untuk rawatan En. Kelabu masih lemah dan harapan untuk hidup hanyalah 50/50. Bahagian kaki depan yang dijangkiti virus Sporo tidak dapat dipotong keranan akan menambahkan luka yang baru dan sukar untuk disembuhkan. Saluran hidung membengkak dan sukar untuk menghidu bau makanan.
Di Rumah
Semangat En. Kelabu masih kuat untuk bertahan. Cuba untuk bangun dan meronta-ronta, tetapi jatuh semula tidak berdaya. Badan masih lemah sebab dipuasakan untuk tujuan rawatan susulan di klinik. Selera makan masih ada walaupun terpaksa disuapkan. Jam 8 malam kali terakhir berjumpa dengan En. Kelabu.
15 September 2014
Pagi ini kami melakukan rutin biasa sekitar jam 7.00 pagi. Kami jumpa En. Kelabu dalam keadaan terbujur kaku yang telah pergi menemui penciptaNya.
Kos rawatan adalah seperti yang tertera dalam bil di atas. Jumlah kutipan adalah Rm 70.00. Terima kasih kepada yang sudi menderma. tidak lupa juga kepada Doktor dan nurseyang merawat, Admin DKG yang sudi memberi nasihat dan warga DKG yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Hanya Allah s.w.t sahaja yang akan dapat membalasnya.
En. Kelabu ditanam sekitar jam9.30 pagi hingga 10.00 pagi di belakang rumah mak saya. Tempat kebiasaan kami menanam bangkai kucing-kucing kami sebelum ini.
Klik sini untuk catatan saya di facebook
Klik sini untuk catatan saya di facebook





Tiada ulasan:
Catat Ulasan