As Salam & Selamat Pagi.
Mesti ramai yang hairan macam mana Oyen boleh dapat pekerja Cemerlang? Lebih memalukan lagi menewaskan kami seramai beberapa orang staf yang dah lama bekerja dari Oyen tapi masih lagi tak dapat pekerja cemerlang.
Salah satu sebabnya adalah ketepatan masa Oyen masuk kerja. Oyen tidak pernah datang lewat (wow!). Kagum dengan Oyen? itu baru sikit, Oyen juga memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi . Patut la boleh sampai awal.
Oyen tersandar pilu setelah beberapa kali cubaan untuk menaiki dan cubaan untuk memandu motosikal tersebut menemui jalan buntu.
Kemungkinan Oyen tidak dapat menaiki motosikal tersebut adalah disebabkan dipengaruhi faktor seperti berikut :
1. Kaki yang pendek
2. Obesiti (naik moto je, jatuh balik, naik je jatuh balik)
3. Mudah terlelap (tido la senang cite)
Jadi, sebarang cadangan atau tindakan drastik dari anda sangat diharapkan. Oyen juga berharap ada insan yang sudi menawarkan perkhidmatan belajar memandu secara percuma kepada Oyen.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan