As Salam & selamat Pagi.
Akibat sikap garang En. Putih terhadap kaum wanita semalam, semua staf telah mengadakan mesyuarat tergempar secara tersorok (takut kantoi dengan En. Putih). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Oyen selaku ketua juruaudit.
Mesyuarat telah bersetuju dan menggangguk kepala (tanda setuju) dengan keputusan Cik Oyen (walaupun kurang faham dan fasih bahasa Oyen) untuk bersemuka dengan En. Putih.
Oyen memberi salam terlebih dahulu sebelum berjumpa En. Putih
Maka berlakulah Cat Fight antara En. Putih dan Cik Oyen. Sengit betul cat fight. Agak-agak sapa la menang?
He he he..and the winner is........??? Oyen the Office Cat Auditor
(betul ke ayat gitu? ha ha ha).
Urutan gambar terakhir menunjukkan betapa tingginya jawatan Oyen dalam carta organisasi kami dan juga sebagai peringatan kepada semua staf, "Jangan sampai Oyen marah". Takutnyaaaaa.......




Tiada ulasan:
Catat Ulasan