Halaman

Selasa, 9 September 2014

Virus Sporo Menyerang En. Kelabu

As Salam & selamat Pagi.

Masih ingat En. Kelabu? Kucing yang suka tidur dekat laluan orang jalan kaki dalam pejabat saya? Mulai hari ni En. Kelabu dah jadi bekas pekerja di situ disebabkan saya tak sanggup tengok orang mengumpat dia dan bagi dia layanan kelas ke-2, saya dengan sukarela bawa dia pulang ke rumah.


Sebelum bawa balik ke rumah, saya terlebih dahulu pergi ke Mesra Pet Shop untuk rawatan susulan. Spesimen darah di ambil dari En. Kelabu dan hasilnya En. Kelabu positif Sporo. Jadi saya memutuskan untuk membela En. Kelabu di rumah bagi mengelakkan keadaannya bertambah teruk.

Saya juga didorong atas rasa bersalah akibat memandang rendah luka kecil En. Kelabu sebelum ini. (saya mengganggap luka kecil En. Kelabu tidak akan teruk seperti di dalam gambar ini. Kerana kebiasaan kucing jantan memang senang bergaduh dengan kucing lain. Saya beranggapan luka tersebut akan mudah sembuh tanpa merebak.)

Tetapi saya silap, Sporo mudah mengjangkiti kucing yang terbiar seperti En. Kelabu. Sekiranya kita mengambil mudah seperti sikap saya sebelum ini, ini lah jadinya.


Sayu melihat En. kelabu dengan keupayaan yang semakin terhad akibat Sporo membataskan lagi keupayaannya untuk menjadi seperti dahulu. Semasa di klinik Mesra Pet Shop, doktor memberi saya 2 pilihan, pilihan pertama adalah teruskan dengan rawatan dan pilihan ke 2 adalah PTS (Put To Sleep).

Jadi saya memilih untuk meneruskan hayat En. Kelabu dengan pilihan yang pertama. Walaupun mungkin saya akan dihimpit dengan kos yang lebih demi menampung rawatan En. Kelabu, saya rela. Kenangan saya dengan En. Kelabu semasa sebelum sakit sangat menyentuh hati saya untuk tidak mebiarkan dia terbiar sakit begitu sahaja. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menjaga kucing yang dijangkiti Sporo dengan dibantu oleh Soulmate saya (En. Kelabu lebih banyak dijaga oleh Soulmate saya yang mempunyai waktu bekerja statik berbanding dengan saya).







Tiada ulasan:

Catat Ulasan