Halaman

Selasa, 30 September 2014

Oyen Tahu Membaca?

As Salam dan Selamat Pagi.

Kibbles yang saya bekalkan untuk kucing-kucing di pejabat saya letakkan di dalam bekas tin biskut terpakai. Persoalannya adalah kenapa? Ini adalah untuk memudahkan saya menyorokkan makanan tersebut di bawah ruang kerja saya supaya dapat saya menjimatkan ruang ditambah pula dengan barangan peribadi saya yang saya letakkan di ruang tersebut.

Selain itu adalah disebabkan beberapa ekor staf (oyen & friend's la sape lagi kan?)  di pejabat saya yang telah menceroboh makanan tersebut ketika saya belum lagi menggunakan tin biskut terpakai sebagai alternatif untuk menyimpan makanan kucing sampai terkoyak plastik asal makan kucing.

Isunya di sini adalah seperti gambar berikut : 


Oyen seakan-akan tahu dalam tin biskut yang ditutup kemas itu mempunyai sesuatu yang diinginkannya. Sebab? Oyen boleh membaca tulisan penutup tin biskut terpakai tu.. Ha ha ha.



* Link yang saya sertakan adalah catatan saya di facebook. Anda perlu menjadi kawan facebook Dunia Kucing Group terlebih dahulu sekiranya ingin membaca catatan tersebut.

Isnin, 29 September 2014

Monday Bulus

As Salam dan Selamat Pagi.

Tolong jangan contohi Oyen pada setiap hari Isnin. 


Dah macam-macam cara cuba, tapi tak berjaya. Ada cadangan?




Ahad, 28 September 2014

Tv Mami Poko

As Salam dan Selamat Pagi.

Macam ni la Perangai Mami Poko bila chehk in rumah saya. Asyik nak tengok National Geographic saja. Dah la garang. Kalau nak ambil balik remote tv tu memang habis dicakarnya. Cepat la check out Mami Poko orang lain pun nak tengok tv jugak!!!





Sabtu, 27 September 2014

Kucing 1Malaysia

As Salam dan Selamat Pagi. 

Seperti Negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, agama dan bangsa begitu juga dengan Indoor Cat peliharaan saya.



Dari kiri : Belang (Melayu), Kiddo (Cina) dan Yeti (India)




Jumaat, 26 September 2014

Rumah Oyen

As Salam dan Selamat Pagi.

Sebagai Auditor yang berjaya yang memiliki staf bawahan iaitu En. Putih the Office Boy, kibbles yang melimpah ruah hasil tajaan beberapa orang kenamaan dan motosikal berkuasa kucing, semua itu masih belum lengkap bagi Oyen kalau Oyen tidak memiliki rumah.

Atas inisiatif mengipas big boss dengan aircond turbo kesayangan, Oyen telah melakukan pelaburan hartanah dengan memiliki sebuah rumah double storey berwarnya Oyen, freehold,  dilengkapi 1 bilik tidur dan 1 bilik mandi. 

Tetapi Oyen masih mempunyai masalah yang besar kerana Oyen tidak tahu untuk masuk sendiri rumah tersebut.


Oyen sedang mengaudit staf di pejabat dari rumahnya.






Rabu, 24 September 2014

Perhatian!!! Sesiapa yang ada kehilangan Kucing?

As Salam dan Selamat Pagi. 

Perhatian! Perhatian!! Perhatian!!!

Sesiapa yang ada kehilangan Kucing? Berikut adalah deskripsi kucing tersebut mengikut pemerhatian saya :

Warna : Macam Oyen, tapi bukan Oyen

Berat : Macam Oyen, tapi nampak macam lagi berat dari Oyen

Jantina : Macam Oyen tapi bukan Oyen



Sapa yang setuju ni bukan Oyen, Oyen saya tak gemuk macam ni kan? Ha ha ha...




Selasa, 23 September 2014

Surat Untuk semakan ?

As Salam dan Selamat Pagi.

Surat untuk perhatian big boss, agak-agak boss boleh baca ke surat ni? Lain sungguh rupa surat ni. Mesti format baru ni.








Ahad, 21 September 2014

Homestay

As Salam dan Selamat Pagi.

Kenalkan ini adalah antara Transit Cat yang selalu Check In rumah saya. bila tetamu datang kena la bagi makan, minum, tempat membuang dan tidur. Selepas puas buat semua benda tu di rumah saya baru check out. Macam tu la rutin harian mereka.


Dari kiri : Mami poko dan Hailer.




Sabtu, 20 September 2014

Makanan Kucing - Star Pro

As Salam.

Cubaan saya untuk menukar makanan kucing Indoor Cat, Office Cat dan Transit Cat.

Jenama : Star Pro
Berat : 18 Kg
Harga : Rm 130 (harga promosi)
Lokasi : Wangsa Maju (Berhampiran Wangsa Walk berhadapan dengan restoran Mak Jah Mee Udang)


Apa komen anda mengenai Star Pro? Kongsi la...






Khamis, 18 September 2014

Untuk Tidur Yang Lebih Lena

Petua Oyen untuk tidur yang lebih lena.

Petua : Tidur yang lebih lena

Cara-cara :  Perkara yang perlu diberi perhatian adalah ruang, masa / waktu, postur dan tempat.

 i. Ruang - pilihlah ruang / laluan untuk berjalan kaki  untuk anda baring.

ii. Masa - waktu pejabat ( 8 pagi hingga 5.00 petang )

iii. Postur - seperti di dalam gambar di bawah. Lebih lentik macam udang lebih banyak faedahnya. 

iv. Tempat - bagi pekerja makan gaji seperti Oyen, pilihlah di tempat kerja anda. Bagi yang di rumah gunalah katil kerana tiada gunanya anda mengikut petua Oyen yang mencari alasan untuk tidur di kawasan pejabat.


Hanya gambar hiasan.Tiada kena mengena dengan Oyen. Ha ha ha.




Selasa, 16 September 2014

Selamat Hari Malaysia

As Salam dan Selamat Pagi.

Selamat Hari Malaysia dari Oyen. Tingkatkan prestasi dan kurang bercuti.


Pengertian Hari Malaysia dari sudut pandangan Oyen :

Untuk rakyat Malaysia : Cuti

Untuk Oyen : OT



Isnin, 15 September 2014

Farewell En. Kelabu

As Salam dan Selamat Pagi,

Kemaskini mengenai En. Kelabu (Ex-Office cat)


14 September 2014 (hari ke-3 di klinik)
Sebelum kami bawa pulang En. Kelabu, doktor maklumkan kepada kami selepas dibiuskan untuk rawatan En. Kelabu masih lemah dan harapan untuk hidup hanyalah 50/50. Bahagian kaki depan yang dijangkiti virus Sporo tidak dapat dipotong keranan akan menambahkan luka yang baru dan sukar untuk disembuhkan. Saluran hidung membengkak dan sukar untuk menghidu bau makanan.

Di Rumah
Semangat En. Kelabu masih kuat untuk bertahan. Cuba untuk bangun dan meronta-ronta, tetapi jatuh semula tidak berdaya. Badan masih lemah sebab dipuasakan untuk tujuan rawatan susulan di klinik. Selera makan masih ada walaupun terpaksa disuapkan. Jam 8 malam kali terakhir berjumpa dengan En. Kelabu.



15 September 2014 
Pagi ini kami melakukan rutin biasa sekitar jam 7.00 pagi. Kami jumpa En. Kelabu dalam keadaan terbujur kaku yang telah pergi menemui penciptaNya.





Kos rawatan adalah seperti yang tertera dalam bil di atas. Jumlah kutipan adalah Rm 70.00. Terima kasih kepada yang sudi menderma. tidak lupa juga kepada Doktor dan nurseyang merawat, Admin DKG yang sudi memberi nasihat dan warga DKG yang sudi memberi tunjuk ajar kepada kami. Hanya Allah s.w.t sahaja yang akan dapat membalasnya.


En. Kelabu ditanam sekitar jam9.30 pagi hingga 10.00 pagi di belakang rumah mak saya. Tempat kebiasaan kami menanam bangkai kucing-kucing kami sebelum ini.

Klik sini untuk catatan saya di facebook











Ahad, 14 September 2014

Doakan kami

As Salam.






Sapa ni? Ini adalah Yeti kucing Indoor saya. Kenapa dengan dia? Dulu masa kecik, dia comot tapi sekarang jauh berbeza. Jadi saya nak minta jasa baik anda supaya  doakan kami dipermudahkan masa, tenaga dan pendapatan untuk menjaga kawan baru Yeti iaitu En. Kelabu seperti gambar di bawah.











Jumaat, 12 September 2014

Rawatan Susulan untuk En. Kelabu

As Salam & Selamat Pagi.

Kalau anda semua masih ingat saya pernah menceritakan mengenai Ex-Office Cat En. Kelabu yang terkena jangkitan virus Sporo. 

Luka di bahagian kepala semakin mengering, tetapi di bahagian kaki depan semakin membengkak, berulat dan kehitamansehingga menampakkan tulang. Darah tidak berhenti mengalir sejak 2 3 hari jadi saya terpaksa menghantar En. Kelabu ke klinik pada petang tadi.

Jadi saya dengan rasa rendah dirinya memohon jasa baik anda untuk memberi sumbangan kepada rawatan susulan En. Kelabu seperti yang tertera di bawah :

Bank : (telah selesai)

No. akaun : (telah selesai)

Kemaskini : En. Kelabu telah ditahan di wad dan dipuasakan sehingga esok untuk surgery. En. Kelabu akan dibiuskan separuh sedar dan kemungkinan hari Ahad ( 7 September 2014 ) akan keluar wad.




Klinik tempat En. Kelabu dihantar untuk rawatan susulan.




Jangkaan kos rawatan yang mungkin akan dikenakan untuk rawatan sususlan En. Kelabu.



Semakin lemah tidak bermaya.



Keadaan kaki depan En. Kelabu seperti yang diceritakan di atas.




Cat Fight

As Salam & selamat Pagi.

Akibat sikap garang En. Putih terhadap kaum wanita semalam, semua staf telah mengadakan mesyuarat tergempar secara tersorok (takut kantoi dengan En. Putih). Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Cik Oyen selaku ketua juruaudit. 

Mesyuarat telah bersetuju dan menggangguk kepala (tanda setuju) dengan keputusan Cik Oyen (walaupun kurang faham dan fasih bahasa Oyen) untuk bersemuka dengan En. Putih.



Oyen memberi salam terlebih dahulu sebelum berjumpa En. Putih


Maka berlakulah Cat Fight antara En. Putih dan Cik Oyen. Sengit betul cat fight. Agak-agak sapa la menang?


He he he..and the winner is........??? Oyen the Office Cat Auditor 
(betul ke ayat gitu? ha ha ha).



Urutan gambar terakhir menunjukkan betapa tingginya jawatan Oyen dalam carta organisasi kami dan juga sebagai peringatan kepada semua staf, "Jangan sampai Oyen marah". Takutnyaaaaa.......



Khamis, 11 September 2014

The Apprentice

As Salam & Selamat Pagi.

Sesi Audit diteruskan seperti hari - hari kebiasaan oleh Auditor yang tidak bertauliah iaitu En. Putih. Eh? bukan En. Putih hanya office boy saje ke? Something wrong here. Mana Cik Oyen? Hmm..


Ni la akibat kalau salah bagi tugasan kat staf lain. Dah la bukan Auditor, tapi bila bagi kerja mengalahkan Cik oyen pulak. Malu la sikit awak tu jantan, pergi buli kaum wanita yang tidak berdaya. Pantang silap sikit habis dicakarnya.


Owh... patut la, buat "kerja sambilan" yang lain. Dapat jer bola terus lentok sambil ditemani oleh Star Newspaper dan kek manis. Yummy!!!






Rabu, 10 September 2014

Dah Tak Tahan!!

As Salam & Selamat Pagi.

Apa perasaan anda, apabila waktu anda bersenang-lenang di pejabat diganggu? mesti rimas dan stress kan? 

Bagaimana pula sekiranya anda seringkali diekori dari belakang oleh Auditor yang tidak bertauliah, seolah-olah dia tidak percayakan anda dalam melakukan rutin harian anda sebagai seorang staf di situ bukan?

Beginilah nasib saya, selalu diganggu semasa waktu saya bersenang-lenang dalam pejabat, sering diekori sehingga menimbulkan perasaan trauma dan menjadi seorang yang paranoid. 




Tengok tu? tetiba muncul entah dari mana, Tak ke Hangin! Grrr...










Selasa, 9 September 2014

Cerita En. Kelabu

As Salam & Selamat Pagi.

Sedikit sedutan mengenai En. Kelabu.




En. Kelabu sangat suka tidur dalam pejabat saya di ruangan orang berjalan. En. Kelabu juga seekor kucing jantan yang suka nak uji cuba Oyen (boleh paham kot apa yang saya maksudkan? he he he). 


Oleh sebab En. Kelabu seekor kucing jantan, jadi sudah jadi lumrah bagi kucing jantan untuk memancut di mana-mana kawasan berhampiran degannya yang dirasakan sesuai. Bawah ruang kerja saya dan tong sampah dalam pejabat pernah menjadi mangsa pancutan En. Kelabu. Jadi saya terpaksa meletakkan En. Kelabu di luar bagi mengelakkan berlaku salah faham antara saya dan staf yang lain.


Dan ini adalah En. Kelabu selepas dijangkiti virus Sporo. En. Kelabu kalau saya tak salah adalah kucing veteran, mata sebelah kanan pon macam ada selaput warna kelabu menutupi sebahagian penglihatan mata En. Kelabu. 






Virus Sporo Menyerang En. Kelabu

As Salam & selamat Pagi.

Masih ingat En. Kelabu? Kucing yang suka tidur dekat laluan orang jalan kaki dalam pejabat saya? Mulai hari ni En. Kelabu dah jadi bekas pekerja di situ disebabkan saya tak sanggup tengok orang mengumpat dia dan bagi dia layanan kelas ke-2, saya dengan sukarela bawa dia pulang ke rumah.


Sebelum bawa balik ke rumah, saya terlebih dahulu pergi ke Mesra Pet Shop untuk rawatan susulan. Spesimen darah di ambil dari En. Kelabu dan hasilnya En. Kelabu positif Sporo. Jadi saya memutuskan untuk membela En. Kelabu di rumah bagi mengelakkan keadaannya bertambah teruk.

Saya juga didorong atas rasa bersalah akibat memandang rendah luka kecil En. Kelabu sebelum ini. (saya mengganggap luka kecil En. Kelabu tidak akan teruk seperti di dalam gambar ini. Kerana kebiasaan kucing jantan memang senang bergaduh dengan kucing lain. Saya beranggapan luka tersebut akan mudah sembuh tanpa merebak.)

Tetapi saya silap, Sporo mudah mengjangkiti kucing yang terbiar seperti En. Kelabu. Sekiranya kita mengambil mudah seperti sikap saya sebelum ini, ini lah jadinya.


Sayu melihat En. kelabu dengan keupayaan yang semakin terhad akibat Sporo membataskan lagi keupayaannya untuk menjadi seperti dahulu. Semasa di klinik Mesra Pet Shop, doktor memberi saya 2 pilihan, pilihan pertama adalah teruskan dengan rawatan dan pilihan ke 2 adalah PTS (Put To Sleep).

Jadi saya memilih untuk meneruskan hayat En. Kelabu dengan pilihan yang pertama. Walaupun mungkin saya akan dihimpit dengan kos yang lebih demi menampung rawatan En. Kelabu, saya rela. Kenangan saya dengan En. Kelabu semasa sebelum sakit sangat menyentuh hati saya untuk tidak mebiarkan dia terbiar sakit begitu sahaja. Ini juga merupakan pengalaman pertama saya menjaga kucing yang dijangkiti Sporo dengan dibantu oleh Soulmate saya (En. Kelabu lebih banyak dijaga oleh Soulmate saya yang mempunyai waktu bekerja statik berbanding dengan saya).







Isnin, 8 September 2014

Kek Lapis

As Salam & Selamat Pagi.

Oleh sebab ramai yang selalu bertanya apa rahsia Oyen berbadan montok, ayu dan gebu, Oyen akan berkongsi dengan anda petua-petua yang Oyen selalu amalkan.



Menu : 

Kek Lapis Sarawak

Cara-cara : 

Apabila staf menghidangkan kek lapis Sarawak kepada staf yang lain (tidak termasuk   anda), anda perlu menunggu sehingga semua staf tersebut leka menikmati hidangan tersebut dan kemudian anda dengan tanpa perasaan bersalah anda terus pergi menjilat-jilat kek lapis yang manis itu sehingga semua staf perasaan akan perlakuan anda itu.

Jangan hiraukan pandangan staf yang sedang terkebil-kebil lmelihat perlakuan anda. Teruskan menjilat kek lapis itu sehingga puas dan hilang manis kek itu. Anda tidak perlu memakan kek itu cukup sekadar itu sahaja.

Selamat Mencuba.








Sabtu, 6 September 2014

Rindu Oyen

As Salam & Selamat Pagi.

Beginilah keadaan saya apabila hujung minggu. apabila Oyen tiada di sisi, saya cuba untuk membawa diri saya dengan sebaiknya. Saya cuba mengaplikasikan diri saya dan menyelami perasaan menjadi seekor kucing Indoor agar saya dapat berinteraksi dengan kucing-kucing saya dengan lebih telus.


Sambil diperhatikan Oleh kucing Indoor saya di rumah. Dari Kiri : Yeti, Tengah : Kucing diimport khas dari safari, Kanan : Kiddo.

Kucing Indoor masing-masing memikirkan masa depan mereka setelah melihat perlakuan tuan mereka yang sangat sukar difahami. Mereka mungkin akan melarikan diri dan mencari tuan yang baru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi ketika ini.




Jumaat, 5 September 2014

Buli Balik

As Salam & Selamat Pagi.

Gejala buli sering dikaitkan dengan pelajar sekolah. Tetapi tahukah anda buli juga boleh berlaku dalam alam pekerjaan. Terutama sekali sekiranya rakan sejawat  atau berjawatan lebih tinggi daripada anada itu  adalah seekor..... Meowww!




Tak tahu berapa lama lagi kaki ini dapat bertahan untuk jadi jambatan untuk mu Oyen. Sudah-sudah la tu Oyen. Benda ni boleh bawak bincang.Pleaseeee???




Rabu, 3 September 2014

Bagaimana Oyen Pergi Kerja?

As Salam & Selamat Pagi.

Mesti ramai yang hairan macam mana Oyen boleh dapat pekerja Cemerlang? Lebih memalukan lagi menewaskan kami seramai beberapa orang staf yang dah lama bekerja dari Oyen tapi masih lagi tak dapat pekerja cemerlang.

Salah satu sebabnya adalah ketepatan masa Oyen masuk kerja. Oyen tidak pernah datang lewat (wow!). Kagum dengan Oyen? itu baru sikit,  Oyen juga memiliki sebuah motosikal berkuasa tinggi . Patut la boleh sampai awal. 



Oyen tersandar pilu setelah beberapa kali cubaan untuk menaiki dan cubaan untuk memandu motosikal tersebut menemui jalan buntu.



Kemungkinan Oyen tidak dapat menaiki motosikal tersebut adalah disebabkan dipengaruhi faktor seperti berikut :

1. Kaki yang pendek
2. Obesiti (naik moto je, jatuh balik, naik je jatuh balik)
3. Mudah terlelap (tido la senang cite)

Jadi, sebarang cadangan atau tindakan drastik dari anda sangat diharapkan. Oyen juga berharap ada insan yang sudi menawarkan perkhidmatan belajar memandu secara percuma kepada Oyen.