As Salam.
1. Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu mengenai Cerita Oyen the Office Cat :
- 90% gambar, masa dan tarikh bukanlah menggambarkan keadaan sebenar cerita saya.
- Gambar yang dimuat naik kadangkala bercampur antara gambar baru dan lama Oyen untuk disesuaikan dengan cerita.
- Semua gambar / video yang diambil akan dipaparkan mengikut keutamaan.
- Sekiranya bekerja di luar pejabat / dalam kawasan pejabat, saya akan pastikan terlebih dahulu Oyen berada di sekitar pejabat melalui pengesahan daripada rakan sekerja sebelum saya memuat naik cerita Oyen (Rasa macam tak lengkap kalau tak tahu status Oyen).
- 90% daripada rakaman video dilakukan pada hari cuti.
- Sebahagian gambar dan video disumbangkan oleh rakan-rakan sekerja kepada saya.
- Cerita Oyen akan disiarkan pada hari bekerja dan waktu pejabat sahaja. Bagi yang mengikuti blog, akan dipaparkan sekitar jam 10.00 pagi.
- Waktu kerja yang tidak menentu.
- Gambar / video yang menarik tidak mengira waktu (asal ada yang menarik terus shoot!)
3. Kesimpulan :
- Realiti disebalik tabir Cerita Oyen the Office Cat. Maafkan saya sekiranya ada yang terasa / merasa ditipu sepanjang mengikuti cerita ini.
Meoooowwwww!!!!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan