As Salam.
Ada apa dengan gambar ini?
Gambar di atas adalah gambar yang telah saya saya muat naik ke dalam Facebook Dunia Kucing Group (DKG) dengan ayat lebih kurang begini :
" Walaupun Oyen sibuk dengan kerja, tetapi Oyen tetap tidak lupa untuk mengajar staf mengaji pada hari Jumaat yang mulia ini".
Lebih kurang begitulah ayat saya. Jadi apa isunya? Isunya di sini ialah ada segelintir pembaca memberi pandangan melampaui apa yang sebenarnya difikirkan oleh orang lain.
Salah seorang yang memberi komen membina terhadap saya. Terima Kasih diucapkan.
Bagi menjawab isu ini, saya senaraikan beberapa perkara yang perlu anda patut tahu mengenai gambar kontroversi seperti di atas :
1. Semasa saya memuat naik gambar dan ayat seperti di atas saya masih dalam keadaan yang waras dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, semua atas asas pertimbangan saya sendiri.
2. Ada pembaca memberi komen (dari pemahaman bacaan saya terhadap komen tersebut) seolah-seolah saya mengatur keadaan menjadi seperti di atas. Jawapannya adalah tidak. Al-Quran tersebut sedang dibaca di dalam sebuah bilik yang tidak tertutup pintunya. Secara tiba-tiba (seperti kebiasaan sekiranya ada orang di dalam bilik tersebut & pintu tidak berkunci) Oyen akan merayau di dalam bilik tersebut dan akhirnya akan melompat ke atas meja.
3. Begitu juga dengan gambar ini. Beberapa kali saya menurunkan Oyen setelah naik ke atas meja tetapi dia naik semula ke atas. Punca sebenar Oyen naik ke atas adalah disebabkan kerana ingin bermain dengan Penunjuk / tuding yang digunakan pada ketika itu. Saya mengambil inisiatif untuk tidak menggunakan Penunjuk / tuding tersebut sehingga selesai membaca Al-Quran dan gambar saya rakamkan seperti di atas adalah selepas selesai membaca Al-Quran dan bukannya ketika sedang membaca.
3. Perhatikan gambar di atas, Kaki Oyen tidak MENYENTUH mana-mana permukaan mukasurat. Buktinya adalah kedudukan tapak kaki dan kuku kaki yang cenderung menghadap ke bawah dan terdapat bayang tapak kaki tersebut di atas mukasurat.
4. Ada juga yang bagi komen kepada saya untuk meletakkan Al-Quran tersebut di atas tempat tinggi dan jangan biarkan dalam keadaan terbiar.. Perhatikan gambar di bawah :
5. Dalam bulatan MERAH adalah tempat di mana saya meletakkan Al-Quran dan saya menyimpannya kemas di dalam beg. Ukuran ketinggian tempat saya meletakkan Al-Quran tersebut adalah berdasarkan saiz troli yang paling besar. Tetapi saya tidak nafikan kadang-kala Oyen boleh naik sampai ke atas.
6. Dalam bulatan adalah tempat di mana Al-Quran tersebut di baca dan seperti yang anda boleh tengok dalam gambar tersebut Oyen jadikan meja itu sebagai salah satu kawasan untuk berehat (sekiranya pintu terbuka).
Kesimpulan :
Wujudnya catatan saya ini adalah disebabkan sikap segelintir pembaca yang PANDAI MEMBUAT KESIMPULAN DAN MEMBERI NASIHAT TANPA BERTANYA TERLEBIH DAHULU KEPADA SAYA.
Jadi nasihat saya kepada pembaca yang jenis macam ni sebelum membuat sesuatu kesimpulan dan memberi nasihat kepada orang yang ingin ditegur tanya perkara ini kepada diri anda :
i. Adakah anda kenal saya / seseorang secara peribadi sebelum anda menegur?
ii. Masa perkara tersebut berlaku anda berada di tempat kejadian? Secara langsung?
Kalau rasa jawapan i & ii adalah tidak sila bertanya dahulu sebelum memberi teguran.
Apapun saya juga ada membuat kesilapan dan tidak terlintas untuk mempermainkan agama saya. Maafkan saya di atas penjelasan saya kepada anda. Tiada hadis atau apa-apa ayat Al-Quran yang akan saya tampalkan dalam catatan saya ini kerana saya bukanlah orang yang arif dalam hal ehwal agama. Saya bukanlah ustaz / ustazah Google @ copy paste seperti segelintir pembaca di luar sana.
Saya juga telah mendapatkan pandangan sahabat saya mengenai gambar tersebut selepas mendapat teguran dan jawapannya adalah tiada isu yang boleh kita kaitkan. Tetapi boleh menjadi fitnah sekiranya ada pembaca berfikiran seperti saudara / saudari sekalian. Terima Kasih di atas teguran anda yang amat saya hargai.
Akhir sekali nilaikan catatan saudara Shah Ijan kepada saya setelah saya memberikan maklum balas terhadap teguran / nasihat beliau.
Saya bukan lalang, saya manusia..