Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

Jangan Main Dalam Kawasan Pejabat

As Salam & Selamat Pagi.

Pertama sekali nak bagi peringatan kat korang yang bekerja dalam pejabat tolong jangan main dalam pejabat ok?





Kalau main jugak nanti ada yang mengejar...Heh!



Khamis, 30 Oktober 2014

Cerita En. Putih

As Salam & Selamat Pagi.


Kadang-kadang kesian dengan En. Putih the Office Boy.



Bila dapat peluang duduk kat badan orang macam ni la perangainya scratch manja kat badan dan bibir macam tengah menyusu sampai baju tu mesti ada kesan basah.


Mungkin sebab En. Putih terpisah dengan ibunya masa kecik dan masih belum puas menyusu kot?


Apa kata anda?

Rabu, 29 Oktober 2014

Ni Tempat siapa?

As Salam & Selamat Pagi.

Kadang-kadang bila masuk pejabat...


Bila tengok Oyen, terfikir sesuatu.


Lupa pulak apa yang difikir tadi.


Hah! Dah ingat balik, ni Tempat sapa Oyen? aku ke ko? He...He...He...



Selasa, 28 Oktober 2014

Di Sebalik Tabir - Cerita Oyen the Office Cat

As Salam.


1. Berikut adalah perkara yang perlu anda tahu mengenai Cerita Oyen the Office Cat :
  •  90% gambar, masa dan tarikh bukanlah menggambarkan keadaan sebenar cerita saya.
  • Gambar yang dimuat naik kadangkala bercampur antara gambar baru dan lama Oyen untuk disesuaikan dengan cerita.
  • Semua gambar / video yang diambil akan dipaparkan mengikut  keutamaan.
  • Sekiranya bekerja di luar pejabat / dalam kawasan pejabat, saya akan pastikan terlebih dahulu Oyen berada di sekitar pejabat melalui pengesahan daripada rakan sekerja sebelum saya memuat naik cerita Oyen (Rasa macam tak lengkap kalau tak tahu status Oyen).
  • 90% daripada rakaman video dilakukan pada hari cuti.
  • Sebahagian gambar dan video disumbangkan oleh rakan-rakan sekerja kepada saya.
  • Cerita Oyen akan disiarkan pada hari bekerja dan waktu pejabat sahaja. Bagi yang mengikuti blog, akan dipaparkan sekitar jam 10.00 pagi.

2. Sebelum peminat Oyen merasa ditipu dengan kenyataan di atas ingin saya maklumkan bahawa semua perkara tersebut dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti berikut :
  • Waktu kerja yang tidak menentu.
  • Gambar / video yang menarik tidak mengira waktu (asal ada yang menarik terus shoot!)

3. Kesimpulan :
  • Realiti disebalik tabir Cerita Oyen the Office Cat. Maafkan saya sekiranya ada yang terasa / merasa ditipu sepanjang mengikuti cerita ini.


Meoooowwwww!!!!





Isnin, 27 Oktober 2014

Charging

As Salam & Selamat Pagi.




Gambar di atas menunjukkan yang Oyen sedang dicas bagi mengembalikan tenaga Oyen ke tahap tertinggi semula setelah bekerja pada hari Sabtu & Ahad berturut-turut tanpa cuti. Terima Kasih kepada syarikat terkenal daripada Korea yang sudi membekalkan pengecas yang sesuai dengan Oyen.

atau...

Itu adalah salah satu helah Oyen untuk cover tidur? Dengan pura-pura kepenatan. Maklum je la hari Isnin kan.... 

Jumaat, 24 Oktober 2014

Terima Kasih.

As Salam. 

Untuk peminat "Oyen the Office Cat" terima kasih sebab selalu follow cerita Oyen dan korang pun dah lama kenal Oyen. Jadi harini Oyen nak kenal pulak kucing peliharaan korang, bagi la gambar dan nama senang Oyen nak kenal-kenal dan ikut cerita kucing korang pulak...


Kalau ada abam yang Oyen berkenan Oyen akan inbox dalam Facebook mungkin kita boleh dating.


Masa dating tu Oyen akan bawak sekali hamper kat belakang tu untuk amik hati bakal mak mertua Oyen.


Dan akhir sekali Oyen akan tunjukkan kemahiran Oyen memasak maggi cup bagi kat bakal mak mertua rasa sikit. Orang kata sebelum pikat anak, pikat mak nya duluuuuuu.

Khamis, 23 Oktober 2014

Staf Baru

As Salam & Selamat Pagi.

Kehadiran seekor staf baru di perkarangan pejabat saya. 


Jantina Jantan


Keadaan tak terurus


Putih, tapi tak bermaya


Kurus kering, lapar sangat


Terus Oyen panggil temuduga dan bagi kerja sebagai pengawal keselamatan atas kelulusan bos kecik. Bos kecik bagi nama "Oyish".


Rabu, 22 Oktober 2014

Hero Pujaan

As Salam.

Hari ni pejabat tutup sebab cuti umum perayaan Deepavali. Bila pejabat tutup maknanya tak ada orang. Jadi Oyen terpaksa jadi pengawal keselamatan bersama dengan En. Putih.

Bila dah bosan buat rondaan keliling pejabat, Oyen lepak dalam pejabat sambil tu layan movie kejap sebab dah lama tak tengok hero pujaan Oyen. Korang boleh teka ke sapa hero pujaan Oyen? Heh..!



Owh abam SRK...


Walaupun berekor-rekor kucing lain nak jadi boyfriend Oyen, Oyen tetap setia padamu...


Oi! ko datang dari mana tetiba depan monitor. Syoooh!!! Syoooh!!!


Kalau la boleh masuk dalam monitor tu, boleh jadi akak kajol...Hmm...

Happy Deepavali daripada Ho Ho yennnn!.





Selasa, 21 Oktober 2014

Ngantok..

As Salam & Selamat Pagi.

Disebabkan Oyen sibuk dengan blognya jadi Oyen mintak pelepasa kepada boss kecik untuk tido dan sila tutup lampu. Oyen tak boleh tido kalau lampu terbuka. Ha...Ha...Ha...



Sebelum tido buat regangan otot dulu. Takut nanti masa tido kejang.


Close-up sikit mata Oyen yang semakin sepet . Zzz.

Jumaat, 17 Oktober 2014

Punca Oyen Merajuk

As Salam & Selamat Pagi.

Punca sebenar Oyen merajuk terjawab melalui gambar di bawah.



Korang boleh teka punca sebenar Oyen merajuk?


Dapat tak? Kalau tak dapat saya bagi klu sikit.


Klu 1 : Artikel kat surat khabar


Tak dapat lagi? 


Klu ke 2 : Warna pingat


Tak dapat jugak? korang ni memang malas berfikir, tahu nak scroll ke bawah je. 



Jawapan : Oyen kecewa sebab tewas dalam Sukan Asia 2014 dapat pingat Gangsa je..Ha Ha Ha...