Halaman

Khamis, 28 Ogos 2014

VVIC

As Salam.

Apa itu VVIC? VVIC merujuk kepada Very Very Important Cat (wujud ke istilah ni?) Ha..Ha..Ha...

Istilah ini diwujudkan khusus untuk kucing-kucing yang mendapat layanan kelas pertama seperti Oyen merujuk kepada gambar di bawah :


Perkara yang anda tak berapa nak tahu mengenai tabiat makan Oyen :

1. Suka Makan Kibble's dalam office
  • Kalau letak Oyen kat luar untuk bagi makan, kadang-kadang Oyen buat tak tahu je, Tapi kalau panggil Oyen masuk untuk bagi makanan memang laju.
2. Suka Makan Kibble's Berulang-Ulang
  • Lepas makan, 2 minit kemudian Oyen akan datang balik makan. Lepas makan jalan-jalan , 2 minit kemudian datang semula dan begitulah seterusnya sampai kenyang
3. Makan Wetfood Terlalu Lama
  • 2 scoop wetfood untuk Oyen bersamaan 5 scoop Cik Putih makan.
4. Sabar Menunggu Makanan
  • Kalau masih ingat saya ada cerita mengenai Oyen makan KFC. Biasanya kucing akan naik atas meja sebab terbau makanan tapi tidak untuk Oyen. Sangat bersabar dalam menunggu makanan yang akan diberikan. Terserlah keayuan Oyen dalam hal-hal sebegini.
5. Merembat Makanan
  • Dalam 2 hari lepas ada bos kecik makan roti canai tapi terbiar sekejap roti tu. Oyen macam boleh tahu bos tu tak ada kat situ dan tanpa rasa bersalah Oyen telah...he...he...he.. (korang leh teka apa yang dah terjadi) nasib baik bos kecik tak report polis.
  • Kesudahannya bos kecik panggil Oyen untuk kongsi makan sekali dengan dia (nice!)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan