Halaman

Ahad, 31 Ogos 2014

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia yang ke-57

As Salam.

Korang tak ada rasa malu ke? Oyen pun tahu hormatkan lagu Negaraku siap berdiri tegak lagi. Korang pulak leh baring sambil baca blog ni pulak.. he3



Lirik Lagu Negaraku - Lagu Kebangsaan Malaysia

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta 


Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2009/08/lirik-lagu-negaraku-lagu-kebangsaan.html#ixzz3F9Eys1ES




* Link yang saya sertakan adalah catatan saya di facebook. Anda perlu menjadi kawan facebook Dunia Kucing Group terlebih dahulu sekiranya ingin membaca catatan tersebut.

Sabtu, 30 Ogos 2014

Kiddo mintak izin keluar rumah sebab...

Dan...



Dan lagi...




Pelik kenapa Kiddo dating dengan Hitam Putih hanya untuk membiarkan Hitam Putih menunggang Kiddo. Best ke Kiddo? Hmm...




* Link yang saya sertakan adalah catatan saya di facebook. Anda perlu menjadi kawan facebook Dunia Kucing Group terlebih dahulu sekiranya ingin membaca catatan tersebut.

Kiddo mintak izin keluar rumah sebab...

As Salam & Selamat Pagi.

Saya ada membela tiga ekor kucing di dalam rumah. Paling senior  adalah Kiddo. Bila dah bela dalam rumah memang saya tak bagi keluar sebab takut hilang atau di apa-apakan oleh kucing jantan yang lain. Sebelum saya lupa ketiga-tiga kucing yang saya bela dalam rumah adalah betina. Kalau saya bagi keluar pun hanya sekejap saja dalam 3 - 5 minit macam tu ja.

Tapi, satu hari Kiddo mintak izin nak keluar rumah sebab...


Nak dating dengan kucing jantan! Kucing jantan ni kami panggil Hitam Putih.


Tengok dulu line clear atau tak..







Jumaat, 29 Ogos 2014

Solat

As Salam.

Di hari Jumaat yang mulia ini, Oyen dah bagi peringatan kat saya untuk solat..


Susah betul nak bagi Oyen tengok kamera


Ha.. nak kena jatuhkan Oyen baru nak tengok kamera dengan muka yang tak puas hati tu ha...ha...ha...




Khamis, 28 Ogos 2014

VVIC

As Salam.

Apa itu VVIC? VVIC merujuk kepada Very Very Important Cat (wujud ke istilah ni?) Ha..Ha..Ha...

Istilah ini diwujudkan khusus untuk kucing-kucing yang mendapat layanan kelas pertama seperti Oyen merujuk kepada gambar di bawah :


Perkara yang anda tak berapa nak tahu mengenai tabiat makan Oyen :

1. Suka Makan Kibble's dalam office
  • Kalau letak Oyen kat luar untuk bagi makan, kadang-kadang Oyen buat tak tahu je, Tapi kalau panggil Oyen masuk untuk bagi makanan memang laju.
2. Suka Makan Kibble's Berulang-Ulang
  • Lepas makan, 2 minit kemudian Oyen akan datang balik makan. Lepas makan jalan-jalan , 2 minit kemudian datang semula dan begitulah seterusnya sampai kenyang
3. Makan Wetfood Terlalu Lama
  • 2 scoop wetfood untuk Oyen bersamaan 5 scoop Cik Putih makan.
4. Sabar Menunggu Makanan
  • Kalau masih ingat saya ada cerita mengenai Oyen makan KFC. Biasanya kucing akan naik atas meja sebab terbau makanan tapi tidak untuk Oyen. Sangat bersabar dalam menunggu makanan yang akan diberikan. Terserlah keayuan Oyen dalam hal-hal sebegini.
5. Merembat Makanan
  • Dalam 2 hari lepas ada bos kecik makan roti canai tapi terbiar sekejap roti tu. Oyen macam boleh tahu bos tu tak ada kat situ dan tanpa rasa bersalah Oyen telah...he...he...he.. (korang leh teka apa yang dah terjadi) nasib baik bos kecik tak report polis.
  • Kesudahannya bos kecik panggil Oyen untuk kongsi makan sekali dengan dia (nice!)


Rabu, 27 Ogos 2014

Fantasi & Realiti

As Salam.

Antara Fantasi dan Realiti Oyen The Office Cat.


Sanggupkah di perkotak-katikkan oleh kucing yang anda tatang seperti minyak petrol yang diisi penuh dalam kenderaan anda?



Selasa, 26 Ogos 2014

Belanja Makan

As Salam.

Bila Oyen dah gaji macam-macam Oyen mintak nak makan itu ini. Siap belanja En. Putih sampai overdose KFC. 


Sapa-sapa leh tolong Oyen buka KFC ni tak? Oyen upah bagi tulang ayam KFC kat sape-sape yang sudi menolong.




Isnin, 25 Ogos 2014

Pay Day..

As Salam.

Gaji day! Hari yang dinanti-nantikan oleh Oyen selaku pekerja yang "makan gaji". 
Berikut adalah cara-cara mengambil gaji secara tunai daripada majikan..


Selamat mencuba? Ha...Ha...Ha...








Khamis, 21 Ogos 2014

Let's Play..

As Salam.

Di hari Jumaat yang mulia ini, apabila Big Boss takde, ini la kerjanye..


Mempersilakan En. Putih masuk ke dalam office...


Boleh tak jaga kelakuan tu sikit? Sekarang ni aku yang boss paham?!




Audit - Bahagian 3 [ Akhir ]

As Salam.

Berikut adalah perbualan saya dengan Oyen Bahagian 3.


Oyen : (Toleh kanan, toleh kiri ) Meow Meow Meow Meow?

Saya : Hari ni mana ada Audit dah, semalam jer...

Oyen : Meow...(sambil masuk semula dalam beg)

Saya : ???


Yeay!!! Audit da habis. Let's krohh...krohh!





Rabu, 20 Ogos 2014

Audit - Bahagian 2

As Salam.

Berikut adalah perbualan saya dengan Oyen bahagian 2.

Saya : Oyen, hari ni ada Audit dah sedia ke?

Oyen : Meow...

Saya : Ok, Kalau dah sedia tunggu kat kabinet fail..

Oyen : Meow...meow... (naik ke atas kabinet fail dan membuka laci fail)

Saya : (pengsan)...



Setiap kali cite pasal Audit mula la wat mata sepet nak tido...


Audit suda mariiii, get ready.




Selasa, 19 Ogos 2014

Audit - Bahagian 1

As Salam.

Berikut adalah perbualan saya dengan Oyen.

Saya : Oyen, Esok ada Audit, Jom kemas fail?

Oyen: Meow...

Saya : Ko jangan nak tido dalam office pulak...

Oyen: Meow... (Sambil berjalan ke tempat fail)

dan gambar di bawah adalah hasil perbualan kami..he...he..he.


Leh percaya ke Oyen faham apa yang saya cakap? ha...ha...ha..


Ambil mood dulu sebelum krohhh...krohh.




Isnin, 18 Ogos 2014

Cerita Kucing Pejabat

As Salam.

Baru-baru ni ramai yang menegur saya " Miey, pandai ko bela kucing ni dah besar, gemuk dan comel ". Sengaja saya offer untuk ambil bawak balik tapi semua menolak atas macam-macam alasan. Sebenarnya bukan senang saya nak membela kucing kat pejabat. Kenapa? mudah saja sebab bukan semua orang sukakan kucing. Kalau ada yang suka kucing, bukan semua orang sanggup keluarkan modal untuk belanja kucing ni makanan harian. Saya sendiri ada membela beberapa ekor kucing di rumah ditambah pula ada kucing-kucing sekitar rumah saya yang selalu jadikan rumah saya sebagai persinggahan untuk mereka menumpang teduh. 


Kadang-kadang  ada staf yang sanggup belikan makanan (terima kasih) ataupun bagi wang tunai dekat saya (terima kasih jugak) saya hargai walaupun tidak konsisten setiap bulan saya hargai sumbangan ni. Cuma kadangkala saya perasan air bersih yang selalu saya letakkan dalam bekas air agak sukar untuk ditambah walaupun dah habis licin. Ada jugak situasi kucing datang minta makanan tapi tak diendahkan (sedih) padahal makanan saya dah sediakan dalam tupperware khas untuk makanan kucing. Itu belum lagi yang pandai bagi makanan kucing tapi dalam jumlah yang banyak sampai jadi lebihan dan akhirnya jadi santapan semut (membazir). Kalau yang bagi makanan tu orang yang belikan makanan kucing saya memang tak kisah.


Makan dari kiri : En. Kelabu, En. Oyen ekor Kontot dan En. Putih.

Belum cerita pasal najis kucing lagi yang membuang sekitar kawasan pejabat saya, memang tak lama la kucing tu kat kawasan pejabat mesti akan dibuang atas aduan staf. Jujurnya saya bukanlah pencinta kucing, saya kategorikan diri saya sebagai orang yang hanya sukakan kucing saja. Nasib baik saya jumpat "soulmate" saya yang boleh saya kategorikan kat sini seorang pencinta kucing. Niat saya hanyalah lebih kepada amal jariah untuk makhluk tuhan ni. Mana-mana kucing yang singgah di kawasan pejabat saya akan belanja makanan kalau saya nampak. Walaupun terpaksa keluarkan lebihan modal sikit sehingga terpaksa ikat perut, itu merupakan kepuasan kepada saya. kalau saya kerja bukan dalam kawasan pejabat saya akan ingatkan staf lain untuk bagi kucing makan.



"Ko gemuk ke Oyen?" tengok biasa jer...



Meow samseng kat pejabat saya. Badan ketak-ketak, selalu gaduh dengan Meow lain berebut awek dan makanan, tapi penakut dengan orang.








Jumaat, 15 Ogos 2014

Mandi

As Salam.

Petang semalam punya cerita. Sebagai pekerja cemerlang tetapi mempunyai macam-macam bau yang kurang menyenangkan, kami semua staf pejabat telah bersepakat dan bersetuju untuk memandikan Oyen.

Oyen meronta-ronta tak mahu dimandikan tetapi demi keselesaan bersama kami terpaksa. Terima kasih "Pearly Sheen" kerana banyak membantu kami.

Selamat tinggal kekotoran dan bau badan yang kurang menyenangkan... yahuuuuuuu!!!



Dah macam baby pulak si Oyen ni.


"Takpe, ada ubi ada batas". Kata Oyen kepada Pearly Sheen.


Khamis, 14 Ogos 2014

Jawapan Surat Aduan

As Salam.

Saudara teraniaya.

Merujuk kepada aduan saudara tempohari, pihak kami memandang serius sikap segelintir pekerja yang tidur semasa waktu bekerja. Setelah membuat siasatan dan menyoal siasat yang tertuduh pihak kami telah sebulat suara untuk menganugerahi Oyen sebagai pekerja cemerlang beserta sijil penghargaan dan sebagai imbuhan Oyen akan diberikan set makanan kucing dalam bentuk hamper.

Sekian, Terima Kasih.


"Ha, buat la lagi aduan,..." kata Oyen.


Rabu, 13 Ogos 2014

Tersepit?

As Salam.

Hari ni tak ada apa-apa cerita pasal Cik Oyen sebab Cik Oyen telah dikejarkan ke Hospital sebab tersepit di celah-celah printer. Punca disebabkan berlaku mendapan apabila Cik Oyen tido di atas printer akibat berat badan berlebihan . Mungkin ada kena mengena dengan open house yang Cik Oyen pergi tanpa henti kot?



Selasa, 12 Ogos 2014

Tandas Bahagian 2.

As Salam.

Pergi! pergi kau dari sini! jangan ganggu aku lagi ni bukan tempat ko! tempat ko kat sebelah. Ko salah masuk tempat, tak reti baca ke?








Isnin, 11 Ogos 2014

Catwalk

As Salam.

Akibat Catwalk di atas partition ala-ala seekor diva, Cik Oyen terpeleot ( tergelincir ) sewaktu photoshoot. 


Hensem tak saya? Eh! cantik tak saya?



"Walaupun saya seekor cat, itu tidak bermakna saya pandai Catwalk" kata Cik Oyen sambil berpaut pada partition menunjukkan kesasaan kaki beliau.

Jumaat, 8 Ogos 2014

Surat Aduan

As Salam.

Saya minta maaf sangat kepada Cik Oyen. Saya terpaksa buat semua ini demi keadilan semua pihak. Belum pernah lagi mana-mana majikan menggaji seekor kucing untuk memantau manusia melakukan kerja di pejabat. Cik Oyen bukan buat keje pon tapi asyik tido jer bila terkena kedinginan angin aircond. 

Jadi saya sertakan gambar ini sebagai bukti sokongan terhadap aduan saya. Mohon tindakan segera dari semua pembaca berhubung salah laku kucing ini.

Insan Teraniaya, KL.


Sedapnya kene aircond sampai melekat kuku dekat partition


Oppss! kantoii..

Khamis, 7 Ogos 2014

Finish your work now!!!.

As Salam. 

Tengok la tu, mimik muka comel yang penuh dengan sifat seorang bos. Tengah memantau staf siapkan keje cepat sebab nak pegi makan.


Garang tak muka saya?


Rabu, 6 Ogos 2014

Bersiap nak pegi keje

As Salam.


Hari ni bangun nak pegi keja, mandi, nak punch card, nak sepahkan meja staf, nak ikut staf masuk tandas, nak nyorok atas peti ais dan paling penting tidoooo yahuuuu. Eh? apa tengok-tengok!! kata Cik Oyen..


Mmm.. dapnye jilat kakiku yang hitam ni..


Jangan skodeng boleh tak? Nak mandi pon tak senang


Selasa, 5 Ogos 2014

Tandas

As Salam.


Selamat pagi. Dear Cik Oyen, sebagai officemate kita selalu kongsi printer, mesin fotostet, peti ais, workstation, komputer. Saya akui Cik Oyen memangg best buddy saya kat office. Tapi tak kan la sampai nak ikut masuk tandas skali! — feeling annoyed.


Mmmm.. sedapnya bau.


Cak! I'm waiting...

Isnin, 4 Ogos 2014

Saya Tak Tido La..

As Salam.

Jangan salah faham, saya tak tido, gambar ni jer yang terbalik.. kalau tengok betul-betul saya tengah siapkan keje yg bertimbun. 

To : Pembaca blog

cc: Big boss + makcik cleaner.. heh! 


Jangan nak buat kesimpulan awal ok? Ni memang gambar terbalik. Tengok betul-betul...


Ni pulak pandangan dari jarak jauh..Hmm Sah! Memang tengah buat keje..


Lihatlah kehitaman kaki-kakiku menaip papan kekunci



Ahad, 3 Ogos 2014

Teka-teki

As Salam 

Selamat pagi. ni jawapan untukk soalan teka-teki "Cik Oyen ni tido atas ape"? 

Jawapan : kat atas peti ais pantry office saya.. sebab nak tinjau makcik cleaner datang, senang nak nyorok. Tahniah pada yang bagi jawapan betul. Hadiah mintak kat cik myaw.. he3 



" Korang ni jawapan yang senang pon korang tak boleh jawab" kata Cik Oyen.


Tadaaa! Ni jawapannyaaa...




Sabtu, 2 Ogos 2014

Teka-teki

As Salam. 

Oleh sebab Cik Oyen amik cuti 3 hari jadi tak ada gambar baru yang dapat dikongsi, so Cik Putih selaku pengganti sementara nak wat teka teki. 

Soalan : Cik Oyen baring atas apa? 



Jumaat, 1 Ogos 2014

Cuti

As Salam. 


Setelah cik Oyen dinasihati oleh bos kecik untuk bercuti, Cik Oyen telah mengambil keputusan untuk mendengar nasihat tersebut. Cik Oyen akan bercuti selama 3 hari. Kekosongan Cik Oyen akan digantikan oleh Cik putih dari department lain.. 



"Lega dapat bercuti," kata Cik Oyen..


"Hmm no comment" Kata Cik Putih kepada saya.