Terima Kasih kerana sudi melayari blog saya Kucing Pejabat - Suara Kucing Dari Pejabat, Meowww!!!. Nama Kucing Pejabat dipilih adalah sebagai metafora kepada saya yang bekerja di pejabat dan sukakan kucing. Blog ini adalah sebagai luahan saya mengenai persekitaran bekerja di pejabat yang saya terjemahkan melalui watak "Oyen the Office Cat" dan kawan-kawan (kucing).
Blog ini telah lama saya wujudkan tetapi tidak pernah dipaparkan secara umum kerana saya menganggap blog ini hanyalah sebagai tempat curahan idea terkumpul untuk perjalanan cerita "Oyen the Office Cat" dan secara tidak langsung adalah sebagai diari "Oyen the Office Cat".
Blog ini telah lama saya wujudkan tetapi tidak pernah dipaparkan secara umum kerana saya menganggap blog ini hanyalah sebagai tempat curahan idea terkumpul untuk perjalanan cerita "Oyen the Office Cat" dan secara tidak langsung adalah sebagai diari "Oyen the Office Cat".
Namun, selepas saya membaca komen di Facebook DKG (Dunia Kucing Group) yang mengakui terhibur dengan cerita dan kelakuan "Oyen the Office Cat" menambah semangat saya untuk memperkenalkan blog ini. Saya sendiri sebenarnya terhibur dengan membaca komen-komen kreatif pembaca sampaikan sehingga kadangkala saya tersenyum sorang-sorang ditambah dengan jumlah "Like" yang semakin meningkat (he he he).
Anda bukan peminat setia Oyen kalau tak membaca sehingga habis catatan saya di bawah...
Konsep
Blog ini berkonsepkan kehidupan kucing di pejabat saya (buat masa ini) dan majoriti pengisian blog ini adalah berbentuk hiburan dan isu semasa yang diselitkan dengan unsur seperti humor dan nasihat. Saya akui saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Oleh itu saya memilih untuk menggunakan bahasa penulisan yang sederhana dan tidak mengikut piawaian yang sebenarnya bagi memastikan isu yang saya sampaikan dapat diterima dan difahami dengan baik.
Pengisian blog ini disampaikan berdasarkan dari pengalaman harian saya bekerja termasuk dari pemerhatian saya terhadap sifat semulajadi dan spontan kucing yang duduk dalam kawasan pejabat. Seperti saya sendiri frekuensi mood akan berubah disebabkan kerja itu sendiri, faktor persekitaran, karenah rakan-rakan sekerja dan yang paling penting big boss.
Penambahbaikan
Saya masih baru dan masih dalam proses pembelajaran mengenai blog. Sekiranya ada sebarang teguran dan cadangan penambahbaikan mengenai blog ini sila ajukan terus kepada saya melalui :
Email : givemiey@gmail.com
Facebook : Huzai Miey @ give_miey@yahoo.com
Akhir sekali, jutaan terima kasih di atas sokongan anda terhadap "Oyen the Office Cat" sehingga terhasilnya blog ini.



Teruskan usaha ini...akak menyokong oyen and the gang...jgn buli oyen ye....
BalasPadamSaya cuba untuk menahan diri daripada membuli Oyen ..
Padamcayok bro... best nyew de blog tuk oyen... bleh update pe paper worg oyen setiap hr.. thanks.. luv u oyen..
BalasPadamIn Sya Allah..
PadamTeruskan usaha anda :).. Love you oyennnn...
BalasPadamOyennnnn.., Warghhh!!! berdarah hidung kucing2 lain tahu oyen dah ada blog sendiri.. berebut2 suruh owner buat blog juga... aper pun keep it up Oyen... Love u. Nanti untie belanja kek lapis hokey...
BalasPadamhahahaha pas ni pemes la oyen.. i peminat setia u oyen...
BalasPadamOyen dah pakai rantai...nnt kena buatkn sia loket yg ade nama tu...hehehe
BalasPadamnice bro...keep it up
BalasPadam