Halaman

Khamis, 31 Julai 2014

Lawatan oleh "Bos Kecik"

As Salam.

Setelah Oyen berhempas pulas bekerja tanpa cuti demi menunjukkan komitmen yang tinggi kepada majikan, akhirnya Oyen menerima kunjungan bos kecik. Walaupun bos kecik ada rasa takut-takut ketika membelai Oyen tapi bos kecik berusaha jugak untuk membelai Oyen demi menunjukkan tanda penghargaan di atas kesungguhan Oyen bekerja. 


"Terima kasih sudi membelai-belai saya. Nanti datang buat lagi ". Kata Oyen.


Sabtu, 26 Julai 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri

As Salam. 


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga DK, tak lupa juga kepada yang rajin follow, komen dan like citer myaw kat office sekiranya ada kesalahan saya menaip pada catatan saya sebelum ni dan akan datang harap ditegur dan dimaafkan. 

Hari ni tak ada citer pasal myaw, cuma ada gambar dari kami bersama dengan bakal " supervisor" kami iaitu cik Oyen. Kami semua pemalu sampai kena pakai topeng sebab cik Oyen dah naik pangkat dari kami yang dah keje bertahun-tahun. Baguih tol cik myaw ni..he3  





Jumaat, 25 Julai 2014

" Saya bukan pemalas "

As Salam. 

Ramai yang cakap saya pemalas, kuat tido, anak angkat bos, makan gaji buta, tapi ramai yang tak tahu sebenarnya saya yang banyak cover keje staf kat sini yang nak cuti raya. Kalau saya cuti raya sekali habeh la banyak keje tak siap nanti. Saya nak minum air pun tak larat.. untuk makcik cleaner, "saya masih hidup" tak caye? ni buktinya.. 


Kalau biar lama-lama macam ni silap-silap Oyen boleh dive dalam tu..letih la katakan.

Khamis, 24 Julai 2014

Cari benda tersembunyi

As Salam 

Selalu cite pasal makcik cleaner & Oyen. Hari ni kita cari "benda" tersembunyi plak. Selamat mencari... 




Jumaat, 18 Julai 2014

" Dik, kucing ni dah mati ke? " Bahagian 2.

As Salam. 

Sambungan kpd makcik cleaner tanya "dik kucing ni dah mati ke?" ini adalah posisi oyen tido masa mula2 makcik cleaner tegur saya. Saya cuba kejutkan Oyen masih tak nak bangun memang melampau.. ha3. 




Khamis, 17 Julai 2014

" Dik, kucing ni dah mati ke?"

As Salam.

Sebenarnya saya tak nak tulis apa-apa pasal kucing hari ni, tapi terpaksa jugak saya tulis sebab memikirkan jawapan untuk soalan makcik cleaner kat saya. 

Soalannya berbunyi begini :

" Dik, kucing ni dah mati ke?"

ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan tak untuk saya berdasarkan situasi sebenar seperti gambar di bawah? ha3...



Rabu, 16 Julai 2014

Nak perhatian?

As Salam.

Lepas cuti, saya masuk kerja Oyen pon duduk macam ni, agaknya rindu kot sebab tak jumpa semalam?



Atau... Nak marah saya sebab saya lewat masuk?


Selasa, 15 Julai 2014

Oyen dan Teddy

As Salam.

Seperti kebanyakan gegurl yang lain, Oyen juga memiliki sifat kewanitaan yang tinggi. Ketika mengantuk sewaktu bekerja Oyen akan mencari Teddy untuk berbual  dan akan peluk Teddy sebelum tido. Lepas tu lantak la Teddy nak pegi mana pon.. he3


Lemas teddy dalam dakapan Oyen.





Isnin, 14 Julai 2014

Staf pejabat saya

Ini adalah antara staf yang taat setia kat pejabat saya ni.


                            Nama     : En. Kelabu ( rasa dah banyak dah bini dia ni )
                            Jantina   : Jantan
                            Hobi       : Tido tengah jalan
                            Jawatan : Pengawal keselamatan @ pak guard



                            Nama    : Cik Oyen (Single )
                           Jantina   : Dah tentu betina..
                           Hobi       : Tido di bawah kedinginan aircond pejabat
                           Jawatan : Juruaudit




Selasa, 8 Julai 2014

Catatan Pertama

As Salam.


Ini adalah catatan pertama saya dalam facebook DKG pada 8 Julai 2014 mengenai seekor kucing sesat dan terbiar di kawasan pejabat saya. Kucing biasa, tak menarik dan comot. Apa yang menariknya sampai saya terfikir nak tulis pasal kucing ni?

Sebab dalam banyak kucing yang sesat dan terbiar di kawasan pejabat saya ini adalah satu-satunya kucing yang dibela dalam pejabat! Ye betul anda tak salah baca. Cuma kadangkala saya hadkan waktu kucing ni dalam pejabat bagi mengelakkan rasa kurang senang rakan-rakan lain.

Biasa la kalau kucing ni dengan kotor, comot, bulu-bulu berterbangan di udara dan yang paling penting adalah di mana kucing ni melepaskan hajat. Selain kucing Oren ni ada lagi kucing lain yang berada di luar cuma Oren ni sahaja yang istimewa boleh akses keluar masuk dalam pejabat.
            


Isnin, 7 Julai 2014

Kucing Pejabat - Suara Kucing Dari Pejabat, Meowww!!!

As Salam.


Terima Kasih kerana sudi melayari blog saya  Kucing Pejabat - Suara Kucing Dari Pejabat, Meowww!!!. Nama Kucing Pejabat dipilih adalah sebagai metafora kepada saya yang bekerja di pejabat dan sukakan kucing. Blog ini adalah sebagai luahan saya mengenai persekitaran bekerja di pejabat yang saya terjemahkan melalui watak "Oyen the Office Cat" dan kawan-kawan (kucing).

Blog ini telah lama saya wujudkan tetapi tidak pernah dipaparkan secara umum kerana saya menganggap blog ini hanyalah sebagai tempat curahan idea terkumpul untuk perjalanan cerita "Oyen the Office Cat" dan secara tidak langsung adalah sebagai diari "Oyen the Office Cat". 

Namun, selepas saya membaca komen di Facebook DKG (Dunia Kucing Group) yang mengakui terhibur dengan cerita dan kelakuan "Oyen the Office Cat" menambah semangat saya untuk memperkenalkan blog ini. Saya sendiri sebenarnya terhibur dengan membaca komen-komen kreatif pembaca sampaikan sehingga kadangkala saya tersenyum sorang-sorang ditambah dengan jumlah "Like" yang semakin meningkat (he he he). 



 Anda bukan peminat setia Oyen kalau tak membaca sehingga habis catatan saya di bawah...


Konsep

Blog ini berkonsepkan kehidupan kucing di pejabat saya (buat masa ini) dan majoriti pengisian blog ini adalah berbentuk hiburan dan isu semasa yang diselitkan dengan unsur seperti humor dan nasihat. Saya akui saya bukanlah seorang yang pandai menulis. Oleh itu saya memilih untuk menggunakan bahasa penulisan yang sederhana dan tidak mengikut piawaian yang sebenarnya bagi memastikan isu yang saya sampaikan dapat diterima dan difahami dengan baik.

Pengisian blog ini disampaikan berdasarkan dari pengalaman harian saya bekerja termasuk dari pemerhatian saya terhadap sifat semulajadi dan spontan kucing yang duduk dalam kawasan pejabat. Seperti saya sendiri frekuensi mood akan berubah disebabkan kerja itu sendiri, faktor persekitaran, karenah rakan-rakan sekerja dan yang paling penting big boss. 




Penambahbaikan

Saya masih baru dan masih dalam proses pembelajaran mengenai blog. Sekiranya ada sebarang teguran dan cadangan penambahbaikan mengenai blog ini sila ajukan terus kepada saya melalui :

Email : givemiey@gmail.com
Facebook : Huzai Miey @ give_miey@yahoo.com



Akhir sekali, jutaan terima kasih di atas sokongan anda terhadap "Oyen the Office Cat" sehingga terhasilnya blog ini.